cinta adalah kekuatan
yg mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itu lah cinta
sekalipun cinta telah kuuraikan,
dan kujelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan
tapi kisah pencinta yang sangat hebat..kisah kekasih saya..kisah kekasih kita semua..kisah kekasih yang khalik..yakni kisah nabi akhir zaman..kisah muhamad s.a.w
“Alangkah
teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan
saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana
hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para
mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka,
seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan
Baginda
menjawab: “Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah
mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah
melihatku. Aku merindui mereka. Kerana itulah aku menangis”.
dan saat kematiannya..baginda masih menyebut ummati..ummati..
subhanalllah..itulah cinta.cinta yang terlalu agung…
dan apa
respond kita untuk cinta itu..kalau nak bagi jawapan skema senang
je,”sebagai bukti cinta saya kepada rasulullah,saya perlulah banyakkan
selawat pada baginda..mengamalkan sunnahnya..serta mempelajari sirah
kehidupannya.”
dan aplikasinya?tepuk dada..tnyalah dalam hati..masih adakah cinta padanya??
cinta sebenarnya adalah kekuatan..cinta membuat perkara luar biasa menjadi luar biasa..
cinta merelakan saidina ali tidur di tempat baginda menggantikan baginda tidur biarpun sedar nyawanya dalam bahaya,yang memberinya seribu ketenangan dan mampu mengiktiraf hari itu,malam itu adalah malam yang paling tenang dan tidurnya paling lena..cinta mengubah cuka jadi anggur..mengubah duri jadi mawar..
lihat saja kisah saidina abu bakr di dalam gua bersama baginda
s.aw..betapa bisa ular tidak seberapa di bandingkan cintanya kepada
baginda..lihat saja kisah nusaibah,yang sanggup syahid demi
mempertahankan baginda..
cinta mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibbah..
mungkin rangkap2 terakhir ini mampu membuat anda menangis..
dan saya makin terketar2 menaip..
mengenang cinta para sahabat..
kisah sahabat di perang uhud..
saidina abu talhah,saidina abu dajanah,nusaibah binti ka’ab..
smuanya berusaha pertahankan nabi..
dan sanggup diri terluka demi cinta kepada rasulnya..
walaupun perit sakit yang ditanggung..
mereka bertahan dan terus bertahan..
dan akhirnya mereka mampu tersenyum..
di mana tempat kita dalam membuktikan cinta??
usah beromongan kosong!!
cinta rasullullah kepada kita terlalu kuat..
sampai ajalnya..
saat kematian menjemput..
saat peritnya sakaratul maut..
bibir itu masih mengungkapkn cinta pada ummatnya..
sedang kita…huh
kita mengaku kita mencintai rasul..
sedangkan kita tak pernah memahami makna cinta itu sendiri..
atau kita memahami erti cinta..
tapi tingkah kita,akhlak kita,amalan kita..
tak melambangkan cinta..
http://mujahiddahsejati.wordpress.com/2010/03/05/295/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar